Kerjaya kelab Paul_Verhaegh

Verhaegh memulakan kerjaya bola sepaknya di PSV Eindhoven dan beliau sempat membuat 33 penampilan liga ketika dipinjam ke kelab AGOVV Apeldoorn. Beliau kemudian berpindah ke kelab FC Den Bosch pada 2004 denga membuat 32 penampilan liga sebelum berpindah ke Vitesse selepas musim 2004–05. Selepas empat tahun, beliau meninggalkan Vitesse Arnhem dan menandatangani kontrak dua tahun bersama FC Augsburg pada 27 Mei 2010.